Wednesday, December 30, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ANAK-ANAK YAN

8/12/2009 - Majlis ini diadakan bagi mengumpul anak-anak daeran Yan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sesi dialog telah diadakan bagi mendengar dan memberi maklum balas terhadap segala masalah yang dihadapi oleh semua anak-anak Yan. Objektif majlis ini diadakan ialah mengetahui masalah perkaitan anak-anak Yan seperti masalah kerjaya,pembelajaran dan berkaitann umum. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato'Dr. Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail,Adun Guar Chempedak yang bertempat di Dewan Rumah Budi,Yan Besar. Yang Berhormat Dato'Dr Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail telah menyuarakan agar penubuhan Persatuan Alumni Siswa-Siswi Daerah Yan. Persatuan ini telah di naungi oleh Yang Berhormat Dato' Dr Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail. Pelbagai program telah dirangka bagi memantapkan persatuan ini dan dijalankan untuk berbakti kepada masyarkat setempat di Daerah Yan.